Tuesday, March 9, 2010

ZIARAH KORPORAT LZS @ MAS









Antara aktiviti hebat yang kami anjurkan adalah Ziarah Korporat di MAS. Bawak kapal terbang sampai ke Dubai! Selain tu, sesi lawatan pelbagai tempat termasuk mengadakan kempen zakat di Pusat Muktamar Islam, MAS.

Turut adakan gerai jualan, forum perdana dan persembahan nasyid. Kasi gegar sama MAS. Alhamdulillah, kesannya sangat hebat. Syukran dan terima kasih kepada mereka yang terlibat serta agensi lain yang menghulur bantuan.

Monday, March 8, 2010

ZIARAH ZAKAT AT PTS 2009



Sambil membeli sambil berdakwah. Banyak buku menarik, nak jadi penulislah lepas ini...

Banyak aktiviti lagi ni, tapi upload sikit-sikit sbg tontonan.

ANTARA DAKWAH DAN BANTUAN 2009



Kerjasama diluhur iklan zakat di portal ILUVISLAM. TQVM pada Presiden ILUVISLAM yang beri kerjasama utuh dengan LZS, baru 23 tahun tu!



Menghulur sumbangan LZS kepada Persatuan Kanser Payu Dara Malaysia. Dari Encik Amin (Wakil LZS) kepada Datin Azreen (Pengerusi Persatuan).



Menikmati penangan juadah di Chengho sambil berdakwah, syabas Abg Amy (perubahan).

Tuesday, January 19, 2010

ANTARA 2 HIKMAH







Mengimbau kenangan tahun 2009, MEB sykt korporat yang membayar zakat. Antara client LZS yang aktif dalam dunia kemasyarakatan. Baik membayar zakat niaga mahupun pembayaran zakat staf. Setelah kenal rapat dengan CEOnya, saya menemui beliau dalam membicarakan usaha Rumah Anak Yatim Kasih Harmoni di Paya Jaras yang ingin memohon bantuan bina Surau. LZS telah membantu dari segi dana tetapi pemaju dan modal awal diperlukan segera. Alhamdulillah, beliau bersetuju untuk menjadi pemaju/kontraktor.

Akhirnya, Penyelia Rumah Anak Yatim itu Encik Jamal hubungi saya untuk memaklumkan berita gembira bahawasanya MEB turun padang dan akan menjadi pemaju dengan kos yang berpatutan. Syukur semuanya, semoga usaha ini menjadi contoh sykt muslim yang lain. MEBpun sebelum ini turut membantu LZS dalam menaja sebuah rumah fakir miskin di Selayang dan juga bantuan dana ke Rumah Anak Yatim di Rawang. Semoga MEB dimurahkan rezeki dan bertambah maju dalam perniagaan. Seronok bila bekerja ini menjadikan ia bermanfaat kepada pelbagai golongan baik secara langsung mahupun tidak langsung. Allah yang menentukan segala. Wallahualam.

Kredit:
Sedih tu....
Rumah Anak Yatim ini dirintis atas kelibat semasa menjayakan Program Kembara Semarak Ramadan yang lalu. Sambil Ziarah, Sambil Hulur!

Wednesday, January 13, 2010

ZIARAH MAJIKAN PERTAMA BULAN JANUARI 2010



Kunjungan bermakna dan pihak majikan swasta bersetuju untuk membayar zakat Skim Berkat bagi kakitangan kepada LZS.