Sunday, December 27, 2009

ANTARA KENANGAN BERSAMA MAJIKAN SWASTA 2009













MAJLIS AMAL MESRA BERSAMA PENGHUNI RUMAH KASIH SAYANG (ANAK YATIM) TASIK PUTERI RAWANG.

Program dirasmikan oleh Ahli Majlis Perbandaran Selayang yang mewakili Exco Kerajaan Negeri Selangor. Program ini juga dianjurkan bersama LZS dan Persatuan Pekerja Kebajikan Islam (OYL). Ia merupakan persatuan yang aktif dari sebuah syarikat terkemuka yang membuat pendingin hawa di Sungai Buloh. Sebahagian besar kakitangan telah membuat pembayaran zakat menerusi potongan gaji. Dengan usaha murni, kerjasama dihulur dalam menjayakan projek ini untuk meraikan mereka yang memerlukan dengan pelbagai aktiviti menarik.

Friday, December 25, 2009

OPS FOKUS SKIM BERKAT CAPAI SASARAN PROSPEK

Seramai 556 majikan baru yang berpotensi besar untuk Skim Potongan Gaji atau Skim Berkat dikenal pasti dalam program ‘Ops Fokus Satu Selangor’ melibatkan tiga wilayah di sebelah Barat, Timur dan Selatan Negeri Selangor yang diadakan baru-baru ini.



Program yang berlangsung selama tiga hari ini diadakan bagi mengenal pasti zon majikan swasta yang masih belum dijejaki. Ia merupakan aktiviti turun padang bagi mendekati mendekati majikan baru melibatkan pusat-pusat komersial mahupun industri. Lokasi yang dikunjungi ini termasuklah kawasan perindustrian Pelabuhan Klang, Kota Damansara, Batu Caves, Gombak, Kajang dan Bangi.



Kredit:
Letih meredah 1 Selangor di samping nikmat teamwork yang ditampilkan. Turut sama, menziarahi korporat, asnaf dan AJK masjid (Kami diserikan dengan kehadiran 6 orang student praktikal dari Universiti Malaya, terima banyak-banyak).

PROMOSI HANYA KLIK SKIM BERKAT MAKIN MUDAH DI SEMUA PPAS


Shah Alam - Sejumlah 100 keping poster Hanya Klik: Skim Berkat diedarkan di 100 buah perpustakaan di Negeri Selangor sewaktu Lembaga Zakat Selangor mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS) sempena dengan program Jejak Ilmuan baru-baru ini.

Ia merupakan strategi dakwah bagi memastikan setiap perpustakaan di bawah seliaan PPAS mendapat maklumat yang sewajarnya berkaitan operasi kutipan dan agihan zakat di Negeri Selangor.

Menurut Ketua Jabatan Dakwah & Kutipan, LZS, Puan Hajah Adibah Abdul Wahab, “LZS berhasrat untuk terus memastikan informasi berkaitan dengan zakat dapat disalurkan dengan sebaik mungkin ke seluruh premis kerajaan dan swasta di seluruh negeri Selangor.”

Turut hadir, Pengarah PPAS, Puan Mastura Haji Mohamad.

FORUM PERDANA DAN KAUNTER ZAKAT DALAM KILANG PROTON


Lembaga Zakat Selangor (LZS) menampilkan wadah dakwah berbeza dengan menganjurkan Program Sehari Bersama LZS di Proton Berhad.

Program yang merupakan kerjasama antara LZS dengan AJK Badan Pembangunan Modal Insan, Proton diadakan bagi meningkatkan kefahaman dan menyebarluaskan dakwah zakat di kalangan warga kerja Proton khususnya pembayaran zakat melalui potongan gaji (Skim Berkat).

Dalam program tersebut, delegasi LZS seramai 15 orang ini turut membuka kaunter khidmat pelanggan LZS. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah kaunter penerangan zakat, kaunter agihan, pameran dan tayangan multimedia aktiviti korporat LZS. Sambutan kakitangan sangat memberangsangkan dan memberi kesan positif kepada mereka yang turut bersama menjayakannya.

Turut diadakan Solat Hajat Perdana yang melibatkan kira-kira 2,000 kakitangan Proton dan seterusnya Forum Perdana Hal Ehwal Islam bersempena Israk Mikraj. Forum yang bertajuk Israk Mikraj Menjana Peningkatan Mutu Kerja menampilkan Ustaz Mohd. Faryzan Subkhi (LZS) selaku Moderator, Ustaz Hamizul Abdul Hamid (LZS) dan Ustaz Zulkifli Ahmad (Penceramah di Selangor.fm) selaku ahli panel.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd, Dato' Haji Syed Zainal Abidin Bin Syed Mohamad Tahir.

LZS VS HOT.FM

Zakat:
Rehlah dengan bertarung futsal bersama skuad media.


Pendekatan terbaik dalam meningkatkan hubungan pihak media dalam mewar-warkan ibadah zakat kepada para pendengar. Semoga badan sihat, kutipan zakat meningkat!

DAKWAH ZAKAT DI PAMERAN & FORUM HALAL



Zakat:
Bukan suatu kenangan sahaja (8 Disember 2009, Selasa - 11 pagi) tetapi merupakan ruang dan peluang di Sunway Convention Centre untuk promosi zakat (Skim Berkat). Bersama 'team' Pegawai Dakwah Skim Berkat (PDSB). Banyak gerai jualan dibuka di sana. Sangat menarik. Peluang terbaik untuk mendapat prospek untuk SPG.

SERUAN BERZAKAT DI BERNAMA RADIO 24 JAM



Zakat:
4 Disember 2009, Jumaat 3.30 petang LIVE di Radio 24. Bual Bicara LZS di radio bersama teman oleh DJ Yunus. Promosi Skim Berkat, bayaran zakat menerusi potongan gaji.