Friday, December 25, 2009

PROMOSI HANYA KLIK SKIM BERKAT MAKIN MUDAH DI SEMUA PPAS


Shah Alam - Sejumlah 100 keping poster Hanya Klik: Skim Berkat diedarkan di 100 buah perpustakaan di Negeri Selangor sewaktu Lembaga Zakat Selangor mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS) sempena dengan program Jejak Ilmuan baru-baru ini.

Ia merupakan strategi dakwah bagi memastikan setiap perpustakaan di bawah seliaan PPAS mendapat maklumat yang sewajarnya berkaitan operasi kutipan dan agihan zakat di Negeri Selangor.

Menurut Ketua Jabatan Dakwah & Kutipan, LZS, Puan Hajah Adibah Abdul Wahab, “LZS berhasrat untuk terus memastikan informasi berkaitan dengan zakat dapat disalurkan dengan sebaik mungkin ke seluruh premis kerajaan dan swasta di seluruh negeri Selangor.”

Turut hadir, Pengarah PPAS, Puan Mastura Haji Mohamad.

No comments:

Post a Comment