Tuesday, January 19, 2010

ANTARA 2 HIKMAH







Mengimbau kenangan tahun 2009, MEB sykt korporat yang membayar zakat. Antara client LZS yang aktif dalam dunia kemasyarakatan. Baik membayar zakat niaga mahupun pembayaran zakat staf. Setelah kenal rapat dengan CEOnya, saya menemui beliau dalam membicarakan usaha Rumah Anak Yatim Kasih Harmoni di Paya Jaras yang ingin memohon bantuan bina Surau. LZS telah membantu dari segi dana tetapi pemaju dan modal awal diperlukan segera. Alhamdulillah, beliau bersetuju untuk menjadi pemaju/kontraktor.

Akhirnya, Penyelia Rumah Anak Yatim itu Encik Jamal hubungi saya untuk memaklumkan berita gembira bahawasanya MEB turun padang dan akan menjadi pemaju dengan kos yang berpatutan. Syukur semuanya, semoga usaha ini menjadi contoh sykt muslim yang lain. MEBpun sebelum ini turut membantu LZS dalam menaja sebuah rumah fakir miskin di Selayang dan juga bantuan dana ke Rumah Anak Yatim di Rawang. Semoga MEB dimurahkan rezeki dan bertambah maju dalam perniagaan. Seronok bila bekerja ini menjadikan ia bermanfaat kepada pelbagai golongan baik secara langsung mahupun tidak langsung. Allah yang menentukan segala. Wallahualam.

Kredit:
Sedih tu....
Rumah Anak Yatim ini dirintis atas kelibat semasa menjayakan Program Kembara Semarak Ramadan yang lalu. Sambil Ziarah, Sambil Hulur!

Wednesday, January 13, 2010

ZIARAH MAJIKAN PERTAMA BULAN JANUARI 2010



Kunjungan bermakna dan pihak majikan swasta bersetuju untuk membayar zakat Skim Berkat bagi kakitangan kepada LZS.

Monday, January 11, 2010

ANTARA TAYANGAN TERHANGAT DI TV9 AKHIR TAHUN 2009



Pengacara Astro Oasis (Saudara Akhtar Sahari), Sebutan Syariah bersama untuk sebaran info LZS khusus manfaat zakat yang dikutip (Staf LZS).

TERINGAT RAYA TAHUN LEPAS BERSAMA CEO BANK ISLAM



Padat dengan Open House. Bersama team LZS dengan Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Berhad (tiga dari kanan) di Majlis Rumah Terbuka Bank Islam sempena sambutan Aidilfitri di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur.

Sunday, January 10, 2010

TAK SABAR TEAM LZS NAK BERAYA 2009



Syabas, kutipan LZS berjaya capai sasaran kutipan pada tahun 2009. Skim Berkat pun semakin baik, majikan baru semakin bertambah dan hampir menjadi produk utama!

OCBC AL-AMIN BAYAR ZAKAT NIAGA 2009

Wednesday, January 6, 2010

VIVI ZOOMERZ HOT.FM & LZS



Zakat:
Kenangan dengan team LZS dan viva zoomerz. Kempen zakat akhir tahun dipanjangkan dengan penglibatan team media no. satu negara! Kami menerjah 2 kaunter zakat di Taman Melawati dan di Kompleks PKNS, Shah Alam. Menarik dan mendapat sambutan HANGAT dari para pendengar dan pengunjung. Terpaksa mendapatkan tapak khas untuk kami mudah dekati audian. Penampilan korporat yang istimewa di sampipng hadiah menarik dari LZS kepada pengunjung-pengunjung yang dapat menjawab soalan-soalan mudah zakat yang diutarakan. Kenangan terindah selepas program. Kemudian menjamu selera di Kyros Kebab. Sedap tu! Iklan 'live' dan meletup di radio. Suara siapa ya?

SUARA EMAS?

Pengalaman berharga! Dijemput bersama pihak Prima Radio Network, Sri Pentas TV3 untuk 'menjual' suara. Mudah je, mungkin sudah biasa jadi tempoh rakaman tidak ambil masa panjang lagipun teknologi sedia ada canggih.

Gambar:
Sedang 'recording' suara sambil tersenyum sempena iklan zakat Skim Berkat, LZS di hot.fm dan fly.fm di sepanjang bulan Disember 2009.

Zakat:
Memang BOOM iklan promo LZS kali ini. Berkat idea kreatif dan kerjasama pelbagai pihak. Semoga dakwah sampai dan tiada alasan lagi berzakat. Amacam dengan azam dan idea segar lagi pada tahun ini, banyak lagi buruan majikan dan individu yang belum membayar?

Tuesday, January 5, 2010

KUTIPAN SKIM BERKAT LEPASI SASARAN?

Kenangan bersama di program ziarah majikan, Ops Fokus (LuveLurn Holdings-Senseroil).



Wow! Syabas dan tahniah. Berkat usaha semua team kami berjaya dalam close deal majikan baru sejumlah 499 buah untuk SPG pada tahun 2009.

Mungkin antara usaha mengadakan TALK ILMU sebulan sekali. Mendapatkan kongsi ilmu pelbagai lapangan kepada para pegawai. Kami jemput pakar faraid dan wasiat, Ustaz Ghazali Ibrahim.

Sunday, January 3, 2010

ZAKAT & FLY CONTEST



Zakat:
Bagaimana sambutannya? Tak sabar nak ketahui siapa pemenang yang bertuah untuk FLY ke lokasi terhebat!

BERKONGSI NIKMAT

SALAM AWAL MUHARRAM dan SELAMAT TAHUN BARU 2010

Sekejap benar rasanya masa berlalu. Entahlah, berjaya merealisasikan ataupun tidak segala azam tahun 2009. Tapi macam banyak yang berjaya. Yang belum mungkin akan menjadi keutamaan azam pada tahun ini.



Zakat:
Cerita bab ini biasanya dalam bulan Ramadan dan bulan 12 setiap tahun, kami diminta bertugas di kaunter. So, siapa-siapa yang bertugas di ibu pejabat dikerah turun padang membantu kutipan di masa puncak!
Alhamdulillah, kutipan berjaya dicapai berkat kerjasama semua pihak. Terima kasih.
Kini azam untuk produk Skim Berkat memuncak khususnya dalam memastikan ia berjaya ataupun tidak sebagai produk utama di LZS tahun 2010 ini. Kita tengok dan saksikan pengumumannya tidak lama lagi.

Gambar:
Kaunter LZS Cawangan Puchong menjadi destinasi. Buka sampai ke malam pada 31 Disember 2009. Tahun baru kami sambut dengan meraikan makan berjemaah, sedap dan meyelerakan, rindu kelibat anda semua dan tunggu tahun ini pula di mana? syukuran!