Tuesday, January 19, 2010

ANTARA 2 HIKMAH







Mengimbau kenangan tahun 2009, MEB sykt korporat yang membayar zakat. Antara client LZS yang aktif dalam dunia kemasyarakatan. Baik membayar zakat niaga mahupun pembayaran zakat staf. Setelah kenal rapat dengan CEOnya, saya menemui beliau dalam membicarakan usaha Rumah Anak Yatim Kasih Harmoni di Paya Jaras yang ingin memohon bantuan bina Surau. LZS telah membantu dari segi dana tetapi pemaju dan modal awal diperlukan segera. Alhamdulillah, beliau bersetuju untuk menjadi pemaju/kontraktor.

Akhirnya, Penyelia Rumah Anak Yatim itu Encik Jamal hubungi saya untuk memaklumkan berita gembira bahawasanya MEB turun padang dan akan menjadi pemaju dengan kos yang berpatutan. Syukur semuanya, semoga usaha ini menjadi contoh sykt muslim yang lain. MEBpun sebelum ini turut membantu LZS dalam menaja sebuah rumah fakir miskin di Selayang dan juga bantuan dana ke Rumah Anak Yatim di Rawang. Semoga MEB dimurahkan rezeki dan bertambah maju dalam perniagaan. Seronok bila bekerja ini menjadikan ia bermanfaat kepada pelbagai golongan baik secara langsung mahupun tidak langsung. Allah yang menentukan segala. Wallahualam.

Kredit:
Sedih tu....
Rumah Anak Yatim ini dirintis atas kelibat semasa menjayakan Program Kembara Semarak Ramadan yang lalu. Sambil Ziarah, Sambil Hulur!

No comments:

Post a Comment