Sunday, January 3, 2010

BERKONGSI NIKMAT

SALAM AWAL MUHARRAM dan SELAMAT TAHUN BARU 2010

Sekejap benar rasanya masa berlalu. Entahlah, berjaya merealisasikan ataupun tidak segala azam tahun 2009. Tapi macam banyak yang berjaya. Yang belum mungkin akan menjadi keutamaan azam pada tahun ini.



Zakat:
Cerita bab ini biasanya dalam bulan Ramadan dan bulan 12 setiap tahun, kami diminta bertugas di kaunter. So, siapa-siapa yang bertugas di ibu pejabat dikerah turun padang membantu kutipan di masa puncak!
Alhamdulillah, kutipan berjaya dicapai berkat kerjasama semua pihak. Terima kasih.
Kini azam untuk produk Skim Berkat memuncak khususnya dalam memastikan ia berjaya ataupun tidak sebagai produk utama di LZS tahun 2010 ini. Kita tengok dan saksikan pengumumannya tidak lama lagi.

Gambar:
Kaunter LZS Cawangan Puchong menjadi destinasi. Buka sampai ke malam pada 31 Disember 2009. Tahun baru kami sambut dengan meraikan makan berjemaah, sedap dan meyelerakan, rindu kelibat anda semua dan tunggu tahun ini pula di mana? syukuran!

No comments:

Post a Comment